PIBG SK PROTON CITY TG MALIM PERAK DARUL REDZUAN

PIBG SK PROTON CITY TG MALIM PERAK DARUL REDZUAN

Saturday, 10 May 2014

Gotong Royong SKPC kali ke-3 (24 May 2014) Sabtu


Assalam semua,

PIBG akan menganjurkan gotong-royong kali ke-3 pada 24 May 2014(Sabtu)
Ini adalah aktiviti tahunan PIBG dengan kerjasama ibu-bapa dan juga
penduduk sekitar Proton City.

Moga dengan adanya aktiviti ini, penglibatan ibubapa pelajar akan mengeratkan
lagi hubungan mesra. Inilah peluang kita bersama-sama menyumbang keringat untuk
anak-anak yang akan menjadi masa depan negara Malaysia.

Diantara cadangan aktiviti gotong royong yang akan dijalankan adalah untuk:-
1. Menyimen lantai dan tangga yang sudah rosak
2. Mengemas atau mengganti tanaman bunga  dihadapan sekolah
3. Membuat landskap bunga dibawah logo sekolah pada pintu masuk sekolah
4. Mengemaskini pondok-pondok info mata pelajaran teras
5. Membetulkan pagar-pagar dawai yang sudah rosak
6. Periksa longkang-longkang dan alihkan penutup yang rosak

Oleh itu pihak ibubapa boleh membantu dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan
dalam program gotong royong kali ini. Bahan-bahan boleh dihantar terus ke sekolah kepada S/U Pibg Cikgu Pn Siti Maharom /Cikgu Mohd Hassan-Biro KSIB.

Wednesday, 7 May 2014

Fwd: SKPC di Kejohanan Rugby Touch di King Edward Kuala Kangsar

---------- Forwarded message ----------
From: emcarmall@gmail.com
Date: 7 May 2014 21:48
Subject: SKPC di Kejohanan Rugby Touch di King Edward Kuala Kangsar

Tahniah SKPC campuran team batang padang rugby touch yang telah mendapat tempat ketiga peringkat negeri Perak. Tahniah pada coach Ustaz Adam yang melatih pelajar pelajar SKPC.

Pentas SKPC akhirnya kekal binaan

Tahniah kepada guru dan ajk pibg 2013/14 yang bersama-sama menjayakan projek bina pentas kekal. Terima kasih juga pada DUN Behrang yang menyediakan budget gotong royong pentas SKPC.

Mesyuarat Agung PIBG 2014 SKPC

Alhamdulillah,  mesyuarat agung telah dilaksanakan dan tahniah pada ajk yang baru. Moga kita dapat bersama-sama melaksanakan amanah yang diberikan. Wallahualam.